Bantuan Pembinaan Baharu Rumah Asnaf
6 Dec 2020 | Bantuan Pembinaan Baharu Rumah Asnaf
Alhamdulillah selesai sudah Program Meroboh Rumah Asnaf , Encik Ismail di Changlun,Kedah.
Program kali ini dilakukan oleh staff kami sendiri dan juga dibantu orang-orang kampung. Kerja-kerja meroboh lantai dan tiang rumah giat dijalankan bagi memberi laluan untuk pembinaan rumah baru, menggantikan rumah yang telah usang dimakan anai-anai.
Semoga dengan aktiviti yang telah dianjurkan ini, En. Ismail dapat hidup dalam keadaan rumah yang selesa dan baru.









