Bakul Asnaf: Sambutan Hari Anti Rasuah Antarabangsa 2023
3 MARCH 2023 | Penyampaian Sumbangan Kepada Ibu Tunggal di Jitra
Dengan adanya sambutan Hari Anti Rasuah Antarabangsa 2023, E-Idaman Sdn Bhd (EISB) dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Kedah & Masjid Albukhary Alor Setar telah memberi satu peluang kepada pihak Deco Care untuk turut terlibat sebagai penaja dalam segmen Bakul Asnaf.
Alhamdulillah, dengan rasa syukur yang mendalam, kami pihak Deco Care berasa amat bertuah diberi peluang berkongsi rezeki dengan mereka yang berada dalam keadaan kurang bernasib baik.
Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu memudahkan mereka dalam menjalankan aktiviti harian dan meneruskan kehidupan seperti sedia kala.

