IRDECO GROUP: CERAMAH MAULIDUR RASUL

Suasana kehangatan dan semarak aktiviti bulanan pada permulaan bulan Oktober terasa begitu berbeza, dimulai dengan bacaan Yassin bulanan seperti biasa dan diteruskan dengan ceramah khas sempena Maulidur Rasul.
Aktiviti kali ini memang berbeza daripada aktiviti yang telah diadakan pada bulan-bulan sebelumnya. Pihak Irdeco telah mengundang Ustaz Hafiz Mustafa Lubis sebagai penceramah istimewa untuk memberikan tazkirah ringkas pencerahan kepada staf. Tema ceramah ini, “Memaknai Erti Idola Sebenar”, sangat relevan dengan sambutan Maulidur Rasul pada Khamis yang lalu.
Ceramah ini bukan sekadar memberi semangat rohani, tetapi juga memberi wawasan kepada kesemua staf Irdeco tentang nilai-nilai sejati yang sepatutnya menjadi panduan dalam hidup. Majlis diakhiri dengan jamuan yang disusun rapi, menambahkan lagi kehangatan dan keceriaan suasana.

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.