DSRC Sertai Setara Fun Run 2025 demi Menyokong Inisiatif Komuniti Sihat
Deco Sport Recreation Club (DSRC), iaitu satu pertubuhan di bawah Irdeco Group, telah menghantar beberapa peserta bagi menyertai SETARA FUN RUN 2025 yang berlangsung di Menara Alor Setar. Selain penyertaan peserta, Irdeco Group juga berbesar hati menjadi salah satu penyumbang dalam menjayakan penganjuran program ini, sebagai tanda sokongan terhadap inisiatif berasaskan kesihatan dan komuniti.
SETARA FUN RUN merupakan acara larian santai sejauh 5KM yang dianjurkan di bawah Pertubuhan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Taman Rakyat, dengan sokongan dan kerjasama rakan strategik daripada pelbagai agensi serta pihak swasta. Program ini bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat, mengeratkan hubungan komuniti serta menyediakan platform aktiviti rekreasi yang inklusif untuk semua lapisan masyarakat.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur SETARA FUN RUN 2025 atas jemputan serta penganjuran acara yang berjalan dengan lancar. Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai medium penyatuan komuniti dan promosi gaya hidup sihat.