Program Rehlah Mahabbah
Alhamdulillah!
Program REHLAH MAHABBAH, yang dianjurkan oleh DSRC dan DECO CARE dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Masjid Zahir Negeri Kedah, telah berjalan lancar dengan izin Allah. Terima kasih kepada semua yang telah menyertai dan menyumbang kepada kejayaan program ini. Dengan persediaan menyambut Ramadan yang bakal tiba, kami berharap usaha pembersihan masjid ini dapat mencipta persekitaran yang lebih mesra dan menyenangkan bagi kariah dan masyarakat luar yang beriktikaf di masjid negeri ini.
Semangat gotong-royong dan kebaikan yang ditunjukkan oleh Decorians sungguh membanggakan. Semoga usaha kita mendapat keberkatan dan terus memberi impak positif kepada komuniti. Sekali lagi, terima kasih atas sokongan dan kerjasama semua pihak!

