IRDECO GROUP : SKIM KESELAMATAN SOSIAL SURI RUMAH (SKSSR)
Terima kasih kepada pihak PERKESO kerana sudi hadir ke Irdeco Group untuk mengadakan sesi penerangan mengenai Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) yang bertujuan untuk menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada golongan suri rumah dari bencana domestik dan keilatan semasa menguruskan rumah tangga. Skim ini juga terpakai kepada golongan wanita yang bekerja kerana ia berlaku di luar waktu pekerjaan.
Diharapkan dengan penerangan ini, dapat membantu semua para wanita yang bekerja di dalam syarikat ini, serta suami atau pihak lelaki yang ingin mencarum untuk isteri atau ahli keluarga perempuan yang lain.








