Kejohanan Golf JDNK Sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Kedah ke-83

Irdeco Group berbesar hati atas jemputan sebagai penaja bagi Kejohanan Golf Jemaah Dato’ Negeri Kedah (JDNK) sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-83 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman.

Penganjuran acara ini di Cinta Sayang Golf & Country Club, Sungai Petani merupakan satu wadah bermakna dalam memperkukuh hubungan ukhuwah, memupuk semangat kesukanan dan menyokong inisiatif komuniti di bawah naungan KDYMM Tuanku Sultan Kedah.

Sebagai sebuah organisasi tempatan, Irdeco Group amat berbesar hati dapat turut serta menyokong penganjuran kejohanan berprestij ini selaras dengan komitmen kami dalam memperkukuhkan hubungan strategik dan memberi nilai tambah kepada komuniti negeri Kedah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.