MAJLIS AGIHAN ZAKAT 2024
Alhamdulillah telah berlangsungnya Majlis Agihan Zakat Tahunan pada tahun ini, seramai 450 penerima sumbangan zakat telah terpilih dan selayaknya untuk menerima zakat daripada Irdeco Group. Majlis zakat ini telah pun menjadi keutamaan dan aktiviti tahunan pada setiap tahun di Irdeco Group.
Semoga dengan pemberian zakat barang keperluan harian dan sejumlah wang ini dapat meringankan beban keluarga yang kurang berkemampuan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba dan kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan di luar sana secara langsung atau tidak langsung terhadap Irdeco Group.
Semoga pada tahun hadapan lebih ramai lagi yang berpeluang untuk menerima zakat dari Irdeco Group, Insya-Allah.

