Majlis Agihan Zakat Tahunan (Sesi 4)

Program agihan zakat tahunan sesi ke-4 telah selesai kepada 2 kawasan, iaitu sekitar Alor Setar dan Pendang . Program ini bertujuan meringankan beban mereka yang memerlukan, sambil menyebarkan nilai kasih sayang dan cakna dalam komuniti. Di bulan yang penuh keberkatan ini, setiap sumbangan yang disalurkan diharap menjadi penyuluh harapan buat penerima, serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara warga Irdeco Group dan masyarakat setempat.
Pihak Deco Care amat berbesar hati dapat menjalankan amanah ini dengan penuh dedikasi, hasil daripada sokongan seluruh keluarga Irdeco Group.
Kami di Deco Care memohon doa dari semua agar Irdeco Group terus maju, diberkati dengan kejayaan, serta berpeluang untuk terus menabur bakti kepada mereka yang memerlukan . Semoga usaha ini menjadi asbab kebaikan yang berpanjangan, dan semangat memberi ini terus mekar di hati setiap insan sepanjang Ramadan dan berterusan. 🤲🤝

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.