Majlis Agihan Zakat Tahunan (Sesi 7)
Alhamdulillah, Majlis Agihan Zakat Tahunan 2025 oleh Irdeco Group kini melabuhkan tirainya dengan sesi terakhir yang berlangsung di dua lokasi, iaitu di Daerah Pendang dan Daerah Kuala Nerang. Untuk sesi terakhir kali ini kami berkumpul di satu tempat untuk menerima bantuan yang terdiri daripada barangan keperluan harian serta sumbangan wang tunai. Syukur ke hadrat Ilahi proses pengagihan ini berjalan dengan lancar, dengan memastikan setiap penerima mendapat manfaat yang sewajarnya. 
Kami amat bersyukur kerana program ini dapat dijayakan dengan tambahan sokongan daripada semua serta kepercayaan yang diberikan kepada Irdeco Group. Dengan terlaksananya program ini, diharapkan dapat meringankan beban golongan yang memerlukan serta memberikan sinar harapan kepada mereka.
Sebagai penutup, kami berharap program ini dapat diteruskan di banyak daerah lagi pada tahun hadapan dan lebih ramai penerima mendapat manfaat daripadanya. Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini, baik secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga keberkatan zakat ini membawa kesejahteraan kepada semua. 


