Majlis Projek Jom Hulur & Iftar Ramadhan 2026 di Enchanted Hall, Pacific Alor Setar

Irdeco Group & Deco Care berbesar hati menerima jemputan daripada pihak syarikat E-Idaman Group untuk menghadiri Majlis Projek Jom Hulur & Iftar Ramadhan 2026 yang berlangsung di Enchanted Hall, Pacific Alor Setar.
Dalam majlis ini, Irdeco Group dan Deco Care turut berpeluang menyampaikan sedikit sumbangan dalam bentuk barangan asas serta bantuan wang tunai kepada mereka dalam golongan asnaf dan yang memerlukan.
Suasana berbuka puasa bersama pada petang itu juga menjadi satu momen yang sangat bermakna. Saat-saat sederhana seperti ini mengingatkan kami bahawa Ramadan bukan sekadar tentang berbuka bersama, tetapi tentang berkongsi rezeki, menyantuni insan lain dan menghargai nikmat yang sering kita terima setiap hari. ✨

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.