MINGGU 2 | Imarah Irdeco 2026 di Dataran Darulaman (berdekatan Petronas Tanah Merah)
Sentuhan Imarah Irdeco 2026 | MINGGU 2
Dalam kesederhanaan Ramadan, kami kembali menyantuni komuniti pada 5 Mac 2026 di Dataran Darulaman (berdekatan Petronas Tanah Merah) bagi meneruskan minggu kedua Sentuhan Imarah Irdeco.
Agihan pek berbuka puasa berupa pulut kuning dan rendang ayam disediakan. Walaupun sederhana, setiap pek disiapkan dengan penuh teliti dan rasa tanggungjawab.
Terima kasih kepada seluruh warga Irdeco yang terus istiqamah menyumbang masa, tenaga dan rezeki. Semoga setiap kebaikan ini menjadi asbab keberkatan dan ketenangan sepanjang Ramadan. 


