Program Bantuan Zakat Sesi Pertama di Kg. Wang Perah, Changlun
Dengan penuh rasa syukur ke hadrat Ilahi, Program Bantuan Zakat Sesi Pertama di Kg. Wang Perah, Changlun telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan penuh makna. 
Sebanyak 10 buah rumah telah disantuni melalui kaedah agihan dari rumah ke rumah. Bantuan yang disampaikan merangkumi wang ringgit, beras dan barangan dapur asas.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Bersama, kita terus menyebarkan kebaikan dan menyantuni komuniti dengan hati yang penuh kasih. 

