Program CSR Projek Jom Hulur E-Idaman 2025

Di sebalik setiap senyuman anak-anak dan ketenangan hati mereka yang diuji, terselit kisah keprihatinan dan kasih sayang. Deco Care dengan penuh rasa tanggungjawab berbesar hati menjadi salah satu penyumbang dalam Program CSR Projek Jom Hulur E-Idaman 2025, sebuah inisiatif bermakna bagi membantu keluarga warga kerja E-Idaman Sdn Bhd yang memerlukan.
Dalam program ini, agihan zakat syarikat telah diberikan kepada 28 pekerja yang menghidap penyakit kronik, sementara sumbangan persekolahan disalurkan kepada 109 anak pekerja rendah am di Dewan Besar Lembaga Zakat.
Bagi kami, setiap bantuan bukan sekadar angka—ia adalah harapan, kekuatan, dan bukti bahawa kita bersama dalam setiap langkah. Deco Care akan terus komited dalam menyokong inisiatif kebajikan seperti ini. 💙
             

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.