TREASURE HUNT MERDEKA x MONTHLY GATHERING IRDECO GROUP
TREASURE HUNT MERDEKA x MONTHLY GATHERING IRDECO GROUP 
Penuh dengan gelak tawa, semangat berpasukan dan kemeriahan! Monthly Gathering Irdeco Group kali ini dimeriahkan dengan aktiviti Treasure Hunt Merdeka sempena Bulan Kemerdekaan.
Setiap kumpulan berjaya mengharungi pelbagai cabaran di setiap checkpoint seperti Siapakah Saya, Roti Jala Merdeka, Kod Rahsia dan Teka Simpulan Bahasa. Setiap permainan menguji kreativiti, komunikasi dan semangat bekerjasama antara semua Decorians.
Majlis turut diserikan dengan sambutan ulang tahun kelahiran CEO Irdeco Group, Tuan Haji Ahmad Irwan Bin Ariffin. Terima kasih atas kepimpinan dan inspirasi yang sentiasa diberikan. Semoga Tuan Haji Ahmad Irwan terus dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan dan kejayaan dalam memimpin Irdeco Group.
Terima kasih kepada semua yang menjayakan Monthly Gathering kali ini, khususnya Creative Department selaku penganjur. Semoga semangat kebersamaan ini terus membawa kita melangkah lebih jauh sebagai satu keluarga besar Irdeco Group.
Together We Learn. Together We Grow. Together We Win.

