Bantuan Pek Makanan untuk Mangsa Banjir Kg Alor Madi, Anak Bukit
Bencana banjir yang melanda Kg Alor Madi, Anak Bukit, Alor Setar, Kedah telah memberi kesan kepada ramai keluarga, khususnya mereka yang masih berada di dalam rumah dan tidak berupaya untuk ke PPS berdekatan. Sebagai sebahagian daripada komuniti, Deco Care hadir untuk menyalurkan bantuan terus kepada mereka yang memerlukan.
Sebanyak 150 pek makanan ready-to-eat telah diedarkan kepada mangsa banjir, termasuk keluarga yang mempunyai anak kecil serta warga emas yang terhad pergerakannya. Bantuan ini dihantar menggunakan bot bagi memastikan ia sampai kepada mereka yang terperangkap di kawasan yang sukar diakses. Setiap pek disediakan agar mereka mempunyai makanan yang boleh terus dimakan tanpa persediaan rumit, terutama dalam keadaan yang serba terhad.
Walaupun bantuan ini kecil, kami berharap ia dapat memberi sedikit kelegaan dan sokongan moral kepada mereka yang sedang melalui saat sukar.
Semoga semua yang terjejas dilindungi dan dipermudahkan urusan. 
Sekiranya anda, ahli keluarga, atau rakan-rakan ingin berkongsi rezeki dan menyumbang dalam bentuk wang tunai, anda boleh menyalurkannya melalui akaun berikut:

