Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia di Wad Pediatrik HSB, Alor Setar

Hari Kanak-Kanak Sedunia disambut pada 20 November setiap tahun, hari yang mengingatkan kita tentang hak, kebajikan dan kegembiraan anak-anak di seluruh dunia.
Walaupun sambutannya telah berlalu beberapa hari, semangatnya tetap kami teruskan dan hari ini, 27 November, Deco Care hadir ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk membawa sedikit keceriaan kepada anak-anak di wad pediatrik melalui Kotak Harapan 😊
Kotak kecil ini diisi dengan biskut dan air kotak untuk menambah tenaga, kit penjagaan diri seperti hand sanitizer, sabun dan hand cream, serta mainan kecil untuk mencetuskan senyuman di tengah rutin hospital mereka.
Kepada para ibu serta ayah yang setia menemani, kami amat menghargai kekuatan dan ketabahan anda. Walaupun ada hari yang terasa berat, anda tetap kuat demi anak-anak.
Dan tidak dilupakan, setinggi-tinggi penghargaan kepada para doktor dan jururawat yang setiap hari memberi penjagaan, perhatian dan semangat kepada anak-anak di sini. Dedikasi anda adalah harapan yang tidak pernah putus.
Semoga dengan kotak kecil ini, hadir sedikit kelegaan, sedikit keceriaan, dan sedikit rasa bahawa anda tidak pernah berseorangan dalam perjalanan ini. ✨
Deco Care — We Care ❤️✨

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.