FUN RIDE BERSAMA FRONTLINER

Deco Sport Recreation Club (DSRC) iaitu satu pertubuhan di bawah Irdeco Group telah menghantar beberapa peserta untuk menyertai FUN RIDE bersama frontliner pada hari Sabtu yang lepas.
Program ini di bawah anjuran Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Sultanah Bahiyah Bersama Edgenta Alor Setar, Kedah. Acara kayuhan ini dengan jarak lebih kurang 24km bertujuan untuk mendekatkan komuniti bersama frontliners dan meningkatkan lagi hubungan terhadap komuniti di luar sana. Program ini disertai lebih dari 150 orang yang melibatkan kakitangan Hospital Sultanah Bahiyah dan orang ramai.
Ribuan terima kasih kami ucapkan atas peluang yang diberikan kepada pihak Irdeco untuk turut serta dalam program ini. Semoga dengan kehadiran dan sokongan dari kami telah memeriahkan suasana program.

 

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.