KURSUS PENYELIAAN TAPAK BINAAN
Alhamdulillah, beberapa staf dari Irdeco Group telah menghadiri satu kursus penyeliaan tapak binaan yang dikendalikan oleh seorang penceramah yang berpengalaman iaitu Encik Mohd Azhari Bin Ali dari ANH Advanced Training Centre.
Objektif kursus ini untuk memastikan para pekerja Irdeco menyedari kepentingan tempat kerja selamat ketika berada atau sedang menjalankan kerja/bengkel kerja/tapak binaan. Selain itu, memberi pengetahuan asas mengenai keselamatan dan kesihatan di tapak kerja pembinaan/bengkel kerja. Pelbagai ilmu telah dikongsikan sepanjang kursus dijalankan.
Semoga dengan perkongsian ini dapat meningkatkan lagi kemahiran pekerja Irdeco dalam menyelia tapak binaan dengan selamat dan dapat mengendalikan setiap projek dengan baik dari awal sehingga akhir.

