Irdeco Group Turut Menjayakan Kontinjen Kedah di IJPAM 2025
Irdeco Group Berbangga Menjadi Sebahagian Perjalanan Kontinjen Kedah di IJPAM 2025
Irdeco Group ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kontinjen Kedah yang telah menyertai Ijtimak Perdana Agensi Agama Seluruh Malaysia (IJPAM) 2025 merupakan acara dwitahunan yang menghimpunkan agensi-agensi agama dari seluruh negeri dalam satu platform sukan dan intelektual, di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru.
Kontinjen Kedah telah menghantar seramai 67 orang peserta terdiri daripada atlet, pegawai dan sokongan teknikal. Penyertaan ini melibatkan pelbagai wakil daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman. Kami berbesar hati kerana berpeluang menjadi sebahagian daripada kejayaan ini secara tidak langsung, melalui penajaan jersey untuk para peserta, yang membolehkan kontinjen tampil yakin dan bersatu semasa acara sukan dan intelektual berlangsung.


