SPARTA IKMSP: Pemeteraian Letter of Intent (LOI)
Pada 11 September 2025, Irdeco Group telah dijemput menghadiri program Sungai Petani Academic Curriculum Excellent Appreciation (SPARTA) anjuran IKM Sungai Petani (IKMSP), yang berlangsung di The Ground of Dijiwa Cinta Sayang Resort, Sungai Petani. Program yang berprestij ini bukan sekadar penghargaan akademik, tetapi menjadi upacara penting bagi menjalin kolaborasi strategik antara dunia pendidikan dan industri.
The Ground of Djiwa menjadi saksi kepada sesi pemeteraian Letter of Intent (LOI) antara Pengarah IKMSP dan Irdeco Group, simbolik kepada permulaan kerjasama dalam pembangunan latihan industri dan pengukuhan bakat muda dalam bidang reka bentuk perabot dan perkayuan.
Lebih istimewa, program ini turut menampilkan sesi Bicara Inspirasi bersama Tuan Haji Ahmad Irwan Ariffin, CEO Irdeco Group, menerusi perkongsian bertajuk “From Zero to Hero” iaitu sebuah kisah penuh motivasi yang membuka mata tentang kekuatan usaha, visi dan nilai kerja keras dalam membina legasi Irdeco.


