Lawatan IKMSP ke Irdeco Group
Pada 18 Ogos 2025, Irdeco Group menerima kunjungan daripada IKM Sungai Petani (IKMSP) yang diketuai oleh Pengarah, Tn. Hj. Mohamad Johari bin Man @ Osman bersama barisan pengurusan dan pensyarah. Lawatan ini menjadi ruang berkongsi pandangan tentang hala tuju latihan industri, potensi kerjasama serta peluang membangunkan bakat muda dalam bidang reka bentuk perabot dan perkayuan.
Delegasi IKMSP turut dibawa meninjau fasiliti Irdeco Group serta kilang Deco Furniture di Mergong untuk melihat lebih dekat proses pembuatan perabot dan standard kualiti yang diterapkan. Semoga lawatan ini menjadi permulaan kerjasama erat dalam melahirkan generasi profesional yang kreatif dan berdaya saing.


