Program Care & Connect di Masjid Alor Madi, Anak Bukit

Alhamdulillah, program Care & Connect yang dianjurkan oleh Deco Care di Masjid Al Iman Alor Madi, Anak Bukit, telah berlangsung dengan jayanya dan penuh kemesraan. Kami hadir bukan hanya untuk memberi, tetapi untuk berkongsi detik penuh makna bersama komuniti di sekitar Kampung Alor Madi. Dalam suasana mesra, kami bersama-sama membersihkan kawasan sekitar, mengeratkan silaturahim melalui pertandingan mewarna bersama anak-anak, dan memberikan pakaian terpakai secara percuma untuk mereka yang memerlukan. Kami juga berusaha menjemput Klinik Kesihatan Bandar Alor Setar untuk mengadakan pemeriksaan kesihatan percuma kepada penduduk kampung dan mengukir senyuman dengan cabutan bertuah untuk 100 peserta pertama.

Terima kasih kepada pihak Masjid Al Iman, penduduk setempat Kampung Alor Madi, dan semua sukarelawan yang menjayakan program ini. Semoga setiap usaha kecil ini membawa kebahagiaan dan kekuatan yang tidak ternilai kepada komuniti kita. Semoga setiap kebaikan yang kita sebarkan, kembali dengan berkat yang melimpah. ❤️🫶🏻

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.