Lawatan Strategik CFO dan Pasukan HR Irdeco Group ke IKM Sungai Petani
Pada 23 Julai, CFO bersama Team HR Irdeco Group berpeluang melawat IKM Sungai Petani – sebuah tempat yang penuh dengan bakat muda yang bersemangat dan berpotensi besar. Kami sangat teruja dapat bertemu dengan para pensyarah hebat di sini dan berkongsi visi kami untuk menjadi pilihan utama bagi latihan industri pelajar-pelajar mereka.
Selain perbincangan, kami juga berpeluang melawat bengkel tempat pelajar menjalankan latihan kerja kayu serta beramah mesra dengan beberapa pelajar mereka. Kami sangat kagum dengan komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh para pelajar IKM, yang bukan sahaja mahir, malah berjaya menghasilkan produk kayu yang berkualiti tinggi.
Kami yakin pelajar-pelajar IKM memiliki potensi luar biasa. Dengan kemahiran dan ilmu yang mereka pelajari, kami percaya mereka mampu memberi impak besar dalam industri. Di Irdeco Group, kami komited untuk menyediakan peluang latihan yang bukan sekadar pengalaman, tetapi juga membuka ruang kepada kerjaya yang lebih cerah.


