Pelantikan Rasmi Deco Care Sebagai Amil Zakat oleh LZNK
Dengan penuh rasa syukur dan penghargaan, kami ingin memaklumkan bahawa Pertubuhan Kebajikan Irdeco telah dilantik secara rasmi sebagai Amil Zakat yang bertauliah oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah. Pelantikan ini adalah satu amanah yang kami terima dengan hati terbuka dan penuh tanggungjawab.
Semoga dengan pelantikan ini, Deco Care dapat terus menyumbang dan memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan, serta memperkukuhkan lagi usaha kami dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik. Kami percaya bahawa setiap langkah kecil ini akan membawa kebaikan yang lebih besar kepada komuniti kita. 
Terima kasih atas sokongan yang tidak terhingga. Dengan izin Allah, semoga setiap usaha kita diberkati dan membawa kebaikan serta keberkatan kepada semua. 


