Pelancaran Hub Industri Pendidikan Perabot (HIPP) & Jenama LOKAMALAI

Langkah Strategik Memacu Masa Depan Industri Perabot Tempatan

Pada 23 September 2025, bertempat di Institut Kemahiran MARA Sungai Petani (IKMSP), telah berlangsungnya Majlis Pelancaran Hub Industri Pendidikan Perabot (HIPP) dan Jenama Baharu LOKAMALAI iaitu satu usaha kolaboratif yang menggabungkan kepakaran industri dan pendidikan teknikal.

Kerjasama strategik ini membuka ruang yang lebih luas kepada pelajar untuk merasai pengalaman sebenar dunia industri, selain memperkenalkan jenama tempatan yang menampilkan nilai estetika, inovasi, dan sentuhan kemahiran anak tempatan.

Antara momen penting dalam majlis ini adalah sesi simbolik penyerahan “Letter of Collaboration” oleh Irdeco Furniture Sdn Bhd dan syarikat-syarikat rakan industri lain, memeterai komitmen jangka panjang dalam memperkukuh ekosistem pendidikan teknikal dan vokasional.

Irdeco Furniture amat berbesar hati menjadi sebahagian daripada inisiatif ini, dan komited untuk terus menyumbang kepada pembangunan modal insan serta kemajuan industri perabot tempatan.

💼 Kami percaya, ini merupakan langkah awal yang kukuh dalam melahirkan lebih ramai bakat mahir yang kompeten, berdaya saing dan bersedia mengangkat industri perabot Malaysia ke tahap lebih tinggi.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.