CSR Program: Program Sumbangan pertama Tahun 2020
10 Jan 2020 | Program Sumbangan yang pertama bagi tahun 2020
Tahun baru, semangat baru! Alhamdulillah bagi tahun 2020 ini, kami di Irdeco Group masih meneruskan aktiviti sumbangan seperti tahun lalu. Rezeki yang ada kita kongsi bersama.
Selesai sudah Program Sumbangan yang pertama bagi tahun 2020 yang dianjurkan oleh Biro Kebajikan, Irdeco Group. Bantuan dihulurkan kepada golongan-golongan asnaf yang terpilih di sekitar Alor Setar. Semoga dengan bantuan yang diberikan sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban yang ditanggung.




