Program Ukhwah Bersama Anak Yatim Amal Solehah Pendang Kedah
15 Nov 2019 | Berkunjung ke Hospital Sultanah Bahiyah
Alhamdulillah selesai lawatan ke rumah Anak Yatim Amal Solehah di Pendang Kedah pada 15 November 2019 lalu dengan kerjasama daripada Biro Kebajikan Irdeco Group. Program lawatan ni disertai seramai 30 orang kakitangan. Banyak aktiviti yang dilakukan sepanjang lawatan ke sana seperti gotong-royong bersama-sama membersihkan pesekitaran asrama, kerja mengecat dan aktiviti sukaneka. Pengarah urusan Irdeco group turut hadir dalam memberi ucapan dan majlis penutup memberi sumbangan kepada anak-anak yatim.

