IRDECO GROUP: CERAMAH PERDANA RAMADHAN
Permulaan bulan April iaitu bersamaan dengan 11 Ramadhan pada hari ini dimulai dengan bacaan yassin seperti biasa. Majlis diteruskan lagi dengan pengenalan staf, pelajar praktikal baharu dan ucapan daripada Tuan CEO.
Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, pihak Irdeco telah menjemput Ustaz Ahmad Dandrawi Bin Kamaruddin selaku penceramah jemputan untuk memberi sedikit tazkirah dengan tajuk “Puasa Sama, Pahala Berbeza” sebagai santapan rohani kepada semua staf Irdeco.

