SPEAK WITH CONFIDENCE

Pada 11 May 2024 dan 12 May 2024 baru-baru ini, tiga orang kakitangan Irdeco telah mewakili syarikat dalam menghadiri seminar Speak With Confidence yang berlangsung di Midlands Convention Centre, Shah Alam.

Dengan penampilan pempengaruh dan jurulatih komunikasi hebat iaitu Rizal Rashid, beliau telah mendedahkan tentang teknik berkomunikasi secara profesional menggunakan intonasi, postur badan dan teknik ‘eye contact’ yang tepat untuk kelihatan lebih berkeyakinan tinggi di samping membakar semangat motivasi dalam kehidupan dalam menempuh cabaran di tempat kerja.

Semoga setiap perkongsian ilmu ini diserap dengan baik dan dapat dikongsikan pula kepada semua kakitangan Irdeco agar ilmu ini dapat dimanfaatkan bersama.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.